Monday, January 23, 2012

NASKAH UMI

Sebuah kisah benar dan sekadar perkongsian dari pengalaman saya buat anda semua :)

Hari ini sama seperti hari-hari semalam. Umi masih terbaring kaku.Cuma kadang-kadang terdengar sayup-sayup alunan zikrullah bersilih ganti dengan deruan nafas umi.Wajah pucat umi , ku pandang sepi. Umi cuba mengukirkan senyuman taktala pandangan mata kami bertaut.Namun senyuman umi tak lagi seceria dulu.Aku tahu umi sedang berlawan dengan kesakitannya.Penyakit barah yang ditanggung umi sudah sampai ke tahap akhir.Kata doktor segalanya sudah tersurat.Kami hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa.

Sejak umi sakit kuat cuma aku yang berada di sisi umi.Itu permintaannya.Walaupun along dan acik menawarkan diri untuk menjaga umi, tetapi umi menolak.Mungkin umi tak mahu membebankan mereka kerana mereka sendiri terikat dengan peperiksaan besar yang akan menentukan hala tuju hidup mereka.Aku pula tidak terikat dengan mana-mana urusan. Jadi tanggungjawab aku cuma pada umi. Sejujurnya aku kagum dengan umi.Umi tak pernah mengeluh walaupun umi menghidapi penyakit yang bagi aku tiada penyembuhnya.Umi juga tidak seperti makcik Khadijah, rakan sebilik umi di hospital yang akan menghentakkan kepalanya pada meja pabila di serang rasa sakit.Sebaliknya umi akan berzikir berulang-ulang kali sambil jari jemarinya kejap menggenggam tanganku.Aku tahu umi menanggung kesakitan yang teramat sangat.Aku sebak melihat umi terpaksa menanggung kesakitan. Saat itu, kolam airmataku mula pecah. Aku takut kehilangan umi.

Pernah suatu ketika umi menggenggam jariku sambil membisikkan sesuatu pabila umi melihat aku menangis. “Alya tak patut menangis nak.Sebenarnya Allah uji kita sebab Allah sayangkan kita.Lebih berat dugaan yang kita hadapi, lebih banyak kasih sayang Allah kepada kita.Allah sayang umi, sebab itu Allah uji umi.Allah tau umi boleh lalui semua ni,sebab tu Dia duga kemampuan umi.Allah kurniakan pada umi anak-anak yang hebat dan sentiasa berada di sisi mama. Insyaallah, umi dapat tempuhi ujian Allah ini..”

Umi mengeratkan lagi genggaman jari nya. Buat entah ke berapa kalinya, air mataku tumpah.Aku sayangkan umi.
Saban hari aku setia menemani umi. Aku jadi semakin akrab dengan umi. Aku kesal kerana aku jarang berbual, bermesra dan bersama dengan umi sebelum ini. Aku anak yang pentingkan diri. “Umi tak nak Alya lalai dan tewas dengan bisikan nafsu duniawi. Umi mahukan yang terbaik buat anak umi.Walaupun Alya tak macam along, acik dan adik, umi tetap sayangkan Alya.Tak ada apa-apa yang boleh mengubah kasih sayang umi pada Alya kerna umi sedar iman tak boleh di warisi..”
Aku tersentak sewaktu mendengar kata-kata umi.

Memang benar..Aku tak seperti adik beradik aku yang lain. Aku tak banyak bercakap & mempersoalkan seperti along, acik dan adik.Aku juga melakarkan sejarah kerana menjadi satu-satunya anak umi yang memilih menyambung pelajaran bukan dari sekolah berasrama penuh. Natijahnya, aku makin hanyut di buai kenikmatan duniawi. Namun, aku bersyukur kerana sekarang aku kembali rapat dengan umi.Aku juga semakin matang. Jauh di sudut hati aku bersyukur kerana Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima Hidayah-Nya.Tekadku Cuma satu.Aku ingin menjadi anak perempuan umi yang solehah.Aku tak sanggup mengkhianati kasih sayang umi dengan membuka mana2 pintu neraka buat umi.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa serta kekhilafan daku Ya Allah.Teguhkanlah imanku agar hamba-Mu ini sentiasa terpimpin di jalan yang di redhai-Mu.Amin.”

Hari demi hari umi semakin berjaya membentuk aku mengikut acuan islam. Kesihatan umi pula semakin membimbangkan aku.Walaupun umi hanya mampu berbaring, umi tak pernah jadikan semua itu alasan untuk berhenti beribadah pada Allah.Taktala sakit umi menyerang, umi tetap setia dengan alunan zikrullahnya. Umi benar-benar mengabdikan diri pada Dia Yang Maha Esa.Aku insaf melihat kesungguhan umi beribadah pada-Nya.

Seperti biasa, menjelang hujung minggu along dan acik akan ke pulang ke rumah untuk menghabiskan cuti sambil menjaga umi.Adik yang demam turut berada di rumah.Selepas makan malam, aku berbual dengan umi di bilik. Wajah umi tampak berseri-seri. Aku cukup gembira dengan perubahan kesihatan umi. Selang beberapa minit kemudian, along keluar dari bilik umi sambil membawa satu bungkusan. Kemudian along cepat-cepat masuk ke dalam biliknya.Waktu itu aku lihat wajah along suram dan matanya berkaca.Aku keliru.. Adakah along menangis, tapi mengapa ?

Pagi esoknya, tepat pukul 7.30 pagi sewaktu aku ke sekolah, dikejutkan dengan panggilan dari abah yang mengatakan umi sedang nazak. Secepat kilat aku terus pulang ke rumah. Kemudian, aku menghampiri umi. Aku belai wajah cengkung umi sambil memanggil umi. Namun panggilanku sepi tanpa suara. Aku pegang kaki umi.Sejuk.. Aku genggam tangan umi sambil hatiku berdoa berkali-kali.

“Ya Allah..Aku sayangkan umi.Aku masih perlukan umi di samping aku.Aku tak sanggup kehilangan umi.Ya Tuhan, izinkanlah umi untuk terus bernafas di bumi-Mu ini”

Aku lihat along berulang kali membisikkan kalimah syahadah di telinga umi. Acik dan adik pula mengongoi-mengongoi memanggil umi.Namun, umi tak menunjukkan sebarang reaksi.Masyaallah…

Aku dapat rasakan genggaman tangan umi tidak lagi sekejap tadi.Jantungku berdegup kencang..!! Akhirnya nafas umi terhenti secara tiba2.Umi pergi menemui Pencipta-Nya.Serentak dengan itu along memeluk aku, acik dan adik sambil membisikkan kata2 semangat. “Adik-adik along mesti kuat semangat.Kita mesti redha dengan pemergian umi.Setiap yang hidup pasti akan mati.Kalau kita sayangkan umi, tingkatkan amalan kita. Insyaallah, kita akan bertemu umi di syurga kelak..”

Saat itu, aku seolah olah terapung di angkasa.Aku hanyut di buai perasaan sedih, pilu dan terseksa.Sedar-sedar, aku berada dalam pelukan along tanpa setitik airmata. Usai urusan pengkebumian umi, aku berbaring di atas katil umi.Aku pejamkan mata dan mula membayangkan umi memelukku seperti biasa.Waktu itu, air mata ku mula mengalir deras.Aku rindukan umi.Aku rindukan segala-galanya tentang umi.

Tiba-tiba along muncul lalu menghulurkan bungkusan yang aku lihat semalam.Rupa-rupanya senaskah Al-Quran.Melihat aku yang terpinga-pinga, along mula bersuara. “Semalam waktu along berbual dengan umi, banyak yang umi pesan pada along. Umi seolah-olah sedar masa umi sudah hampir. Umi suruh along berikan quran ni pada Lya sebagai panduan untuk Lya teruskan kahidupan ini.”

Along terus memelukku.Kami menangis bersama-sama.Namun jauh di sudut hatiku, tertanam satu azam.Aku tak akan mengsia-siakan pengorbanan umi. Akhirnya, aku semakin dekat dengan Dia Yang Maha Esa. Alhamdulillah..semuanya berkat kesungguhan umi.Aku temui Hidayah-Nya kerana umi. Sesungguhnya aku berbangga kerana dilahirkan oleh seorang wanita seperti umi.

No comments:

Post a Comment