Tuesday, March 22, 2011

JAUHI KANSER

JAUHI KANSER
Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini. Dengan penemuan baru yang kanser buah dada, usus besar dan kilang telur berpunca daripada baka, tentu anda akan berfikir tiada apa yang boleh dilakukan, hanya berserah kepada takdir.
Kenyataan ini tidak benar. Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika mendapati hampir tujuh daripada setiap sepuluh jenis kanser tidak ditentukan oleh gene langsung, tetapi ditentukan melalui cara hidup kita. Tiga puluh peratus berpunca daripada merokok, 30 peratus berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10 peratus disebabkan tabiat buruk seperti tidak bersenam.
Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menyebabkan kanser, maka cara anda mengendalikan hidup juga boleh menjauhi penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.
Berhenti Merokok.Nasihat ini memang mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Merokok adalah penyebab terhadap 90 peratus daripada jenis kanser paru-paru dan juga punca kanser mulut, esofagus, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas.
Kurangkan Berat Badan.kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin, kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.
Menurut laporan Harvard 1996 Mengenai Pencegahan Kanser, wanita yang telah berumur 35 peratus melebihi berat yang normal, mempunyai 55 peratus risiko kanser rahim, buah dada, serviks, endometrium, kilang telur dan hempedu; lelaki yang mempunyai berat badan yang sama mempunyai 40 peratus risiko kanser usus besar dan prostat.
Lakukan Senaman.Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang malah ia juga dapat mencegah kanser? Melakukan senaman yang ringan dengan kerap kemungkinan kerana ia membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.
Senaman juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat, kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. Wanita yang terlibat dengan tugas yang memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang kurang mengalami masalah ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.
Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan.Kompoun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Malangnya kajian tidak dapat memastikan jenis makanan yang mengandungi bahan ini. Oleh sebab itu, dicadangkan supaya kita mengambil pelbagai sayuran banyak setiap hari.
Makanan ini dapat mencegah barah kemungkinan dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen.
Serat dalam makanan bijiran dan buah-buahan dan sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuang horman dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.
Pengambilan Teh.Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota terdapat lebih 35,000 wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan sehari, 68 peratus kurang mendapat kanser saluran kencing dan 32 peratus kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.
Kurang Makan Daging.Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota kita lebih terdedah kepada karsinogen. Itulah sebabnya orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya menghadapi kanser usus besar dan prostat. Oleh itu, kurangkan makan daging.
Begitu juga dengan cara memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Daging itu lebih elok dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit untuk membuang airnya. Kemudian pangganglah seperti biasa.
Jangan Minum Alkohol.Orang yang minum alkohol terlalu banyak mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus (terutama apabila dia turut merokok), usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.

TAHAP TAHAP KANSER

SEKADAR PERKONGSIAN ILMU :)

Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara

Sehinggalah waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes).  Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui.  Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara.  Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya.  Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm.  Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada). 
Tahap 4
Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara.  Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.
Kadar kesinambungan hayat (prognosis) para pesakit kelazimannya berkait rapat dengan tahap penghidapan penyakit tersebut pada masa diagnosa dibuat.
Keadaan yang bebas daripada kanser selama 5 tahun adalah dianggap sudah sembuh daripada kanser payudara. Ini adalah 80% di tahap 1, 50-75% di tahap 2, 30-40% di tahap 3 dan kurang daripada 10% di tahap 4.

CARA MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Salam semua, kepala saya kerap gatal kenapa ya? Apa yang saya tahu, kulit kepala saya adakelemumur… Kadang-kadang saya rasa macam nak bakar je rambut tu.:P Jangan terkejut, ayat di atas adalah rekaan saya sahaja. Walaupun kulit kepala saya berkelemumur, tetapi tidaklah kronik sangat. Benda ni memang biasa terjadi kepada orang lelaki, kerana dikatakan kulit kepala lelaki terlalu berminyak. Namun begitu, kaum wanita juga menghadapi masalah yang sama.
Hari ini, saya ingin kongsikan petua atau pun tips bagaimana dapat menghilangkan kelemumur. Kalau tak dapat hilang semua, hilang sikit-sikit pun bolehkan? :)Terserahlah sama ada nak cuba atau pun tidak, apa yang saya kongsikan ini adalah melalui pembacaan saya.
Ada beberapa cara yang boleh dicuba tanpa memerlukan modal yang besar:
  1. Mula-mula sekali, syampukan rambu anda yang ikal mayang itu setiap hari. Kalau boleh dua kali sehari… Maka tak sempatlah kelemumur tu nak membiak.
  2. Jika syampu di rumah anda bukan syampu anti-kelemumur buangkan sahaja sekarang, dan gantikan dengan syampu anti-kelemumur yang berlambak dipasaran. Pastikan syampu anti-kelemumur tersebut mengandungi salah satu bahan-bahan ini zinc pyrithioneselenium sulfidesalicylic acid, atauketoconazole bahan-bahan ini berfungsi untuk mengelakkan fungus(adik-beradik cendawan) daripada terbentuk dikepala anda.
  3. Gunakan tiga, maksudnya gunakan tiga jenis syampu yang berbeza formulanya. Gunakan satu jenis syampu untuk setiap bulan, ini bermakna untuk bulan pertama, kedua, dan ketiga gunakan syampu yang berbeza-beza sehinggalah seterusnya.
  4. Buihkan kulit kepala dua kali, untuk kali pertama basuh dan bilas seperti biasa bagi menanggalkan kotoran yang degil. Kali kedua pula, buihkan kepala sekali lagi dan biarkan lima minit kemudian bilas.
  5. Jangan gosok gunakan kuku, kalau boleh ketika cuci rambut pastikan kuku jari pendek supaya kulit kepala tidak tercedera ketika kita bersyampu. Kalau kulit kepala tercedera, cuba gunakan syampu bayi sehinggalah kulit kepala sudah pulih sepenuhnya.
  6. Selepas anda bersukan, atau berkebun pastinya badan berpeluhkan? Kalau boleh terus bersihkan kulit kepala, dan syampukan rambut secepat mungkin. Ini bagi mengelakkan kelemumur membiak di kulit kepala kita.
  7. Kurangkan penggunaan gel, krim, mahupun minyak rambut. Ini kerana, penggunaan bahan-bahan tersebut dengan kerap boleh membuatkan kulit kepala berminyak. Jika boleh kurangkan penggunaannya, kalau susah sangat botakkan kepala. :)
Adakah cara-cara yang saya nyatakan ini berkesan? Jika anda tak cuba macam mana kita nak tahukan? Apa kata, bermula dari sekarang anda amalkan petua-petua tersebut. Jika berkesan boleh kongsikan di sini, bagi rujukan pembaca yang lain.
Salam.

petua petua

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.
Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.
Mengempiskan Perut
  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Kaki Bersisik
  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki
  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki
  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.