Tuesday, March 22, 2011

CARA MENGHILANGKAN KELEMUMUR

Salam semua, kepala saya kerap gatal kenapa ya? Apa yang saya tahu, kulit kepala saya adakelemumur… Kadang-kadang saya rasa macam nak bakar je rambut tu.:P Jangan terkejut, ayat di atas adalah rekaan saya sahaja. Walaupun kulit kepala saya berkelemumur, tetapi tidaklah kronik sangat. Benda ni memang biasa terjadi kepada orang lelaki, kerana dikatakan kulit kepala lelaki terlalu berminyak. Namun begitu, kaum wanita juga menghadapi masalah yang sama.
Hari ini, saya ingin kongsikan petua atau pun tips bagaimana dapat menghilangkan kelemumur. Kalau tak dapat hilang semua, hilang sikit-sikit pun bolehkan? :)Terserahlah sama ada nak cuba atau pun tidak, apa yang saya kongsikan ini adalah melalui pembacaan saya.
Ada beberapa cara yang boleh dicuba tanpa memerlukan modal yang besar:
  1. Mula-mula sekali, syampukan rambu anda yang ikal mayang itu setiap hari. Kalau boleh dua kali sehari… Maka tak sempatlah kelemumur tu nak membiak.
  2. Jika syampu di rumah anda bukan syampu anti-kelemumur buangkan sahaja sekarang, dan gantikan dengan syampu anti-kelemumur yang berlambak dipasaran. Pastikan syampu anti-kelemumur tersebut mengandungi salah satu bahan-bahan ini zinc pyrithioneselenium sulfidesalicylic acid, atauketoconazole bahan-bahan ini berfungsi untuk mengelakkan fungus(adik-beradik cendawan) daripada terbentuk dikepala anda.
  3. Gunakan tiga, maksudnya gunakan tiga jenis syampu yang berbeza formulanya. Gunakan satu jenis syampu untuk setiap bulan, ini bermakna untuk bulan pertama, kedua, dan ketiga gunakan syampu yang berbeza-beza sehinggalah seterusnya.
  4. Buihkan kulit kepala dua kali, untuk kali pertama basuh dan bilas seperti biasa bagi menanggalkan kotoran yang degil. Kali kedua pula, buihkan kepala sekali lagi dan biarkan lima minit kemudian bilas.
  5. Jangan gosok gunakan kuku, kalau boleh ketika cuci rambut pastikan kuku jari pendek supaya kulit kepala tidak tercedera ketika kita bersyampu. Kalau kulit kepala tercedera, cuba gunakan syampu bayi sehinggalah kulit kepala sudah pulih sepenuhnya.
  6. Selepas anda bersukan, atau berkebun pastinya badan berpeluhkan? Kalau boleh terus bersihkan kulit kepala, dan syampukan rambut secepat mungkin. Ini bagi mengelakkan kelemumur membiak di kulit kepala kita.
  7. Kurangkan penggunaan gel, krim, mahupun minyak rambut. Ini kerana, penggunaan bahan-bahan tersebut dengan kerap boleh membuatkan kulit kepala berminyak. Jika boleh kurangkan penggunaannya, kalau susah sangat botakkan kepala. :)
Adakah cara-cara yang saya nyatakan ini berkesan? Jika anda tak cuba macam mana kita nak tahukan? Apa kata, bermula dari sekarang anda amalkan petua-petua tersebut. Jika berkesan boleh kongsikan di sini, bagi rujukan pembaca yang lain.
Salam.

No comments:

Post a Comment