Assalamualaikum, post kali ini, saya akan bawa korang ke mood sekadar ingatan bersama. Hee, sebenarnya, taktahu kenapa terdetik nak tulis benda ni, tapi rasa macam dah banyak kali benda ni melintas kat kepala. Kita sedang bercakap tentang ketawa.
Orang cakap ketawa itu penawar duka, ketawa itu salah satu awet muda, ketawa itu satu ubat dikala sakit. Malahan, bermacam macam versi kelebihan ketawa dimomok kan dekat kita. Ya (!) Benar, ketawa itu kadangkala boleh membuat hati yang duka lara menjadi bahagia. Ketawa kadangkala dapat membahagiakan orang di sekeliling kita.
Namun, apa kesan jika kita ketawa berlebihan ? ketawa tak ingat dunia ? Ketawa yang dibuat buat. Ketawa yang sedangkan kita rasa tidak perlu bagi sesuatu topik yang kita bualkan bersama rakan. (macam saya lettew ) Pernah tak korang ketawa atau gelak berdekahdekah di suatu sudut tempat makan, dan orang orang di sekeliling memandang hairan dan kadang kala ada yang membuat memek muka tidak puas hati atau tidak selesa. Ketika itu apa korang rasa ? rasa nak lari keluar je dari kedai makan tu kan atau buat muka selamba badakk. jehh.hukhukhuk.
Ketawa berlebihan boleh mematikan hati kita.
"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." � (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Pernah tak korang rasa ketika korang tengah solat mahupun tengah berdoa memohon ampun atas dosa yang dilakukan, korang dapati yang korang susah sangat nak mengalirkan airmata taubat. korang paksa macam mana pun tetap tak boleh keluar jugak kan. Waktu itu sedarlah korang yang hati korang dah keras sangat macam batu kerikil. erkk. Dosa apa korang buat pun korang dah tak rasa apa apa sebabnya ? ketawa yang berlebihan atau melampau.
Korang tahu tak ketawa berlebihan adalah tabiat kaum munafik. Allah berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." (Surah at-Taubah, ayat 82). Jelas daripada ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Ingatlah sahabat, sentiasa besederhana dalam ketawa :)
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment